Review buku Mat Jenin Sebenarnya Hero

Hello peeps :)

Bulan lepas aku tak update langsung blog aku ni. Sorry tau. In case korang rindu aku ke? *perasan*. K lah aku nak cer sikit pasal buku yang aku beli bulan lepas gak tapi baru hari ni aku dapat review. Korang kenal tak SAIFUL NANG? kalau korang tak kenal, bagus sangat lah tu. pegi beli buku beliau sekarang kat sini MAT JENIN SEBENARNYA HERO .Even korang bole search kat mana-mana, Still buku ni lagi best! :P Aku suka baca buku ni sebab cerita dia pendek-pendek je, senang faham, taklah complicated sangat. Sesuai untuk bacaan santai. Dalam buku ni ada banyak topik pasal isu semasa dan pengalaman SN sendiri dalam kehidupan seharian beliau sebagai social entrepreneur, rakyat Malaysia, dan seorang ayah. Dulu pun aku heran jugak macam mana syarikat SN uruskan duit company beliau sebab dorang declare yang 100% keuntungan akan diwakafkan kepada asnaf. So how come dorang boleh breakeven(pulang modal)? dan sekarang baru aku tahu after baca buku ni.

Dan satu lagi satu pandangan tentang patriotisme la jugak yang mana orang bangla kerja kat malaysia kumpul duit banyak-banyak tapi banyak jugak dorang hantar semula ke Bangladesh so dapat mengkayakan negara dorang. Dan orang Malaysia pulak kerja di luar negara kumpul duit banyak-banyak but still perlu berbelanja banyak di negara mereka bekerja berbanding duit dihantar balik ke Malaysia.So you get it?? Aset negara ialah rakyatnya yang ada "otak". Kalau semua yanga ada "otak" bermastautin kat negara luar, kat Malaysia ni tinggal apa? fikir-fikirkan lah. Dan dalam buku ni diterangkan lebih detail lagi. Ada jugak satu bab pasal budak yang slow dikata bodoh oleh cikgunya. Semua orang ada kelebihan dan potensi diri masing-masing. Jangan la di 'label' kanak-kanak yang nampak 'pelik'. Kepada guru di luar sana, bertabahlah berhadapan dengan budak 'pelik' .I know it is easier said than done.But try to help them, explore their potential. Who knows one of them will become the next millionaire?

Antara tajuk yang ada dalam buku Mat Jenin Sebenarnya Hero
*ada flash sebab aku amek waktu malam*


p/s BookCafe Online ada buat combo untuk buku kisah orang menang + buku mat jenin sebenarnya hero dengan harga jimat RM 50 SAHAJA! So guys jangan lepaskan peluang ini.   

Popular posts from this blog

Buku Matluthfi Kisah 25 Filsuf Barat

Buku Saya Cuma Posmen