Saturday, 6 July 2019

Total BWF Sudirman Cup 2019



Badminton team event ni lah yang saya tunggu-tunggu pada tahun ini. Kali ini Malaysia Berjaya menghantar bakat-bakat muda sebagai taruhan di pertandingan berprestij ini. Event ini berlangsung seawal 19 hingga 26 May bertempat di Nanning, China. Yang bestnya ialah perbezaan waktu di Nanning, China tidak jauh bezanya dengan di Malaysia. Kebanyakan  game dimulakan pada lebih kurang pukul 11 pagi (MYT) dan 6 petang (MYT).  Tidak seperti pertandingan yang diadakan di Eropah yang mana perbezaan waktu sangat ketara sehingga para peminat sukan badminton di Malaysia perlu bersengkang mata menunggu game bermula malam dan  dijangka habis pada pukul 3 hingga 5 pagi!

Hightlight:

1.       Pasukan China menjadi juara kumpulan apabila mengalahkan Malaysia dan India masing-masing dengan 5-0. Manakala pasukan  Malaysia pula sebgai runner-up kumpulan.

2.       Malaysia  Berjaya meneruskan perjuangan sehingga ke peringkat suku akhir  sebelum tumbang di tangan pasukan Jepun dengan mata (J)3-0(M).

3.       Pasukan China memenangi semua game dalam semua disiplin yang disertai pemainnya kecuali perlawanan perseorangan lelaki yang diwakili Chen Long tumpas dengan seterunya Victor Axelsen sewaktu perlawanan di suku akhir melawan pasukan Denmark.

4.       Pasangan beregu Negara, Teo ee yei cedera di bahagian dagu ketika menentang pasukan Jepun; Takeshi Kamura dan Keigo Sonoda.

5.       Team Malaysia diketuai oleh Goh Soon Huat dan dibantu oleh Chow Mei Kuan.
Men's Double match



No comments:

Post a Comment